#
17% dari penduduk Malaysia menghidapi kencing manis
Walaupun begitu, tanda seseorang itu
menghidapi diabetes atau kencing manis
adalah tidak sama antara individu dengan individu yang lain. Sehinggalah seseorang itu telah berada pada
tahap atau simptom yang serius.
Mungkin ini adalah factor insulin
Jenis -jenis Kencing Manis
Kencing manis
mempunyai 2 jenis
Jenis 1
jenis 2
Kira-kira 90% daripada pesakit kencing manis adalah
dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2
adalaah kurang serius berbanding jenis
1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Jenis 1 – Badan tidak menghasilkan insulin
Jenis 2 – Sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap
insulin dan atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan
baik.
TANDA-TANDA KENCING MANIS
Antara tanda-tanda Kencing Manis
(Tidak semua orang akan mengalami semua gejala ini dan bagi
mereka yang mengalaminya biasanya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghadapi
jenis 2 tidak menyedari selama bertahun-tahun
kerana tanda-tanda awalnya kurang
ketara)
1. PARAS GULA DARAH TINGGI
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda
adalah dengan dibuat ujian oleh doctor. Selepas anda memakan makanan, tahap gula
darah secara semulajadi akan meningkat. Walaubagaimanapun,
tahap gula darah tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
2. DAHAGA YANG BERLEBIHAN DAN
KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Kerap ke bilik air diwaktu malam diikuti dengan dahaga yang
berlebihan pada malam hari boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang
berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang secukupnya
sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah
pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut.
Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberaapa kali pada waktu
malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih
dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang
tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah
cecair yang hilang.
3. HILANG
BERAT BADAN SECARA TIBA-TIBA
Tahap gula dalam darah yang
tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dengan cepat, sekitar 2 – 3kg
dalam 2 atau 3 bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah
kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana insulin yang tidak
membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga ,
badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber
tenaga alternative.
4.SENTIASA RASA LAPAR
Apabila pesakit kencing manis
tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti
biasa, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap
gula dalam darah kadang-kadang jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara
tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa
untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
5. LUKA LAMABAT SEMBUH
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Is berlaku kerana
saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat
dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan,
untuk sampai ke anggota-anggota lain
dibadan.
6. KELETIHAN DAN CEPAT MARAH
Usaha tambahan badan anda untuk
mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air
beberapa kali pada waktu malam juga akan membuatkan anda letih kerana ia
menggganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanajang masa akan membuatkan
sesiapa pun cepat marah.
7. TERDEDAH KEPADA JANGKITAN
KULAT
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis
(candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah
mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan
jangkitan kulat lain.
8. PENGLIHATAN KABUR
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah
bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walau
bagaimanapun ia akan kembali normal apabila tahap gula dalam darah kembali
pulih atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk
tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
9. SENSASI PADA TANGAN DAN KAKI
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada
tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan,
jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
10. KULIT MERENGSA
Ini boleh menejadi tanda amaran
kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit
disekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang
itu mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka
mungkin tidak tinggi