Khamis, 2 September 2010

Wanita di Bawah Naungan Islam : Hak Menyusui

19 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Di antara target dan tujuan pokok bagi sebuah pernikahan adalah mempunyai anak keturunan. Maka apabila Allah mengaruniakan keturunan kepada suami istri, maka sebaiknya ia memilihkan nama yang terbaik untuk mereka, karena nama juga mempunyai pengaruh psikologis pada anak-anak di masa depan mereka. Maka kewajiban sang ayah (suami) adalah memberi upah kepada ibu si anak atas penyusuannya bila dia meminta hal itu, karena Allah telah berfirman:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوا أَوْلَادَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. (Al-Baqarah: 233).


Di sini jelas sekali perhatian Allah Subhaanahu Wata'ala terhadap bayi yang sedang menyusu. Oleh karena itu hendaknya perlakuan kedua ibu bapak terhadap anaknya pada tahun-tahun pertama penuh dengan rasa cinta, kasih dan keseriusan, dan hendaknya tidak menampakan pertengkaran (keributan) di antara mereka berdua di hadapan anaknya jika ada, karena hal itu mempunyai dampak buruk terhadap psikologi anak.

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

21 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid
 MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.

Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.

Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman, beliau bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.

“Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; Kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1680.)

Termasuk di dalam kategori ini adalah pakaian sebagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bagiannya, sehingga ketika duduk nampak auratnya.

Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model serta busana jahat yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.

Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian, seperti: Gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan cawan arak, Juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, lambang-lambang persatuan dan organisasi-organisasi non Islam; Juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dengan bahasa asing.

Wanita di Bawah Naungan Islam : Perempuan yang Dicerai dan Tidak Perlu Ber’iddah


Posted: 31 Aug 2010 03:45 AM PDT
21 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Perempuan yang tidak perlu ber’iddah ialah perempuan yang setelah akad nikah selesai lalu ditalak sebelum suami mencampurinya. Dalilnya adalah firman Allah Subhaanahu Wata'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya maka sekali-kali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya.” (Al-Ahzab: 49).

Khidmat Musa Hassan tidak disambung

Posted: 01 Sep 2010 03:14 AM PDT
22 Ramadhan 1431H.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Tan Sri Musa Hassan tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein hari ini.

Pengumuman ini telah menghentikan spekulasi yang berbulan-bulan lamanya termasuk kempen yang dibuat oleh Utusan Malaysia agar beliau disambung perkhidmatannya.

Musa sepatutnya pencen pada tahun 2007, namun telah tiga kali khidmatnya disambung sebelum ini.

Dua Beradik Piatu Mangsa Amuk Dapat Pencen Perkeso

TELUK INTAN, 20 Ogos (Bernama) -- Dua beradik yatim piatu mangsa kejadian amuk yang melibatkan bapa mereka pada 14 Ogos lepas akan menerima pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga ke peringkat ijazah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, K. Selvarajah berkata Perkeso akan membayar faedah pencen penakat untuk kedua-dua beradik itu sehingga berumur 21 tahun dan ia akan disambung jika mereka melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Dua beradik itu Najihah, 14, dan Najwa, 10, akan menerima sebanyak RM530.32 sebulan.

Selvarajah berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bayaran faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000 kepada ibu saudara mangsa, Zaharah Mohd Ariffin di Langkap dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu lepas, bapa dua beradik itu, Natri Shaharudin, 39, yang dipercayai tidak siuman ditembak mati oleh polis selepas dia menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, serta mencederakan Najihah.

Dalam perkembangan lain, Selvarajah memberi amaran Perkeso tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal membuat pencaruman ke atas pekerja mereka.

Beliau berkata caruman berkenaan adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan majikan demi faedah pekerja dan keluarga mereka.

Katanya apa yang menyedihkan, masih terdapat pekerja yang tidak tahu mereka akan mendapat faedah daripada wang caruman sekiranya mereka ditimpa kemalangan yang membabitkan kecederaan atau kematian.

Perkeso akan meningkatkan lagi program turun padang bagi memberi penerangan kepada majikan dan pekerja mengenai faedah caruman, tambahnya.

-- BERNAMA

Majikan Setuju Bayar Caruman KWSP Dan Perkeso Untuk Pekerja Separuh Masa - Subramaniam

BAHAU, 18 Ogos (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata majikan tiada masalah untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja separuh masa.

Beliau berkata kebanyakan majikan yang ditemuinya tiada bantahan dengan perkara itu termasuk Persatuan Majikan-majikan Malaysia.

"Pentakrifan siapa pekerja separuh masa ini tidak sepatutnya menyebabkan majikan keliru, tidak ada alasan untuk majikan mengelak diri dari membuat caruman ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan cermin mata untuk pelajar miskin di Dewan Orang Ramai Kampung Indah di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai reaksi majikan terhadap langkah itu memandangkan caruman KWSP dan Perkeso itu akan meningkatkan kos operasi mereka.

Berkuat kuasa 1 Okt ini, kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 yang bakal memberi faedah kepada orang ramai yang bekerja separuh masa termasuk caruman KWSP dan Perkeso.

Beliau berkata pekerja separuh masa dikelaskan sebagai mereka yang bekerja di antara 30 hingga 70 peratus masanya daripada pekerja sepenuh masa termasuk yang hanya bekerja pada hujung minggu.

"Pekerja separuh masa mungkin bekerja selama 2.5 jam atau lima jam sehari dan kiraan caruman serta sumbangan majikan ke dalam KWSP dan Perkeso akan dibuat mengikut tempoh jam mereka bekerja," katanya dan menurutnya penakrifan pekerja separuh masa sudah wujud dalam Akta Kerja 1955.

Sementara itu, mengenai kejadian rusuhan para pekerja warga asing di sebuah kilang di Tebrau, Johor pada Ahad lalu selepas mendakwa kematian seorang rakan mereka disebabkan kelewatan majikan menhantarnya ke hospital, Subramaniam berkata laporan mengenai kejadian itu sudah diterima dan sedang disiasat.

"Kita se dang menyiasat sama ada pekerja Nepal itu sendiri yang enggan dirawat sehingga menyebabkan beliau akhirnya mati sakit atau pun majikan sendiri yang tidak mahu menghantar pekerja itu mendapat rawatan," katanya.

Katanya jika terbukti pihak pengurusan gagal menyediakan akses rawatan perubatan ke atas 5,000 orang pekerjanya yang terdiri dari warganegara asing, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kerja.

-- BERNAMA

iklan

glitter text