Nama saintifik bagi Tongkat Ali Latin adalah Eurycoma Longifolia. Ia tumbuh di kawasan tanah hutan hujan khatulistiwa yang lembab di kawasan Asia Tenggara. Ia akan matang pada jangka umur melebihi 5 tahun. Akar Tongkat Ali mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap sebagai salah satu dari tiga khazanah Malaysia selain sarang burung dan timah. Kajian menunjukkan bahawa akar tongkat ali (terutama terasnya) mengandungi banyak fitokimia sebagai ubat yang membantu mempertingkat pengeluaran testosteron. Testosteron merupakan hormon yang diperlukan oleh seksualiti kaum lelaki dan juga untuk organ zakar dan otak.
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-
1)Jangan kerap
bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin
berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih
mantap.
2)Elak tabiat merokok
dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon
testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air
mani.
3)Lakukan senaman
secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai
pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4)Makan makanan
berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran
dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air
mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5)Elakkan buah zakar
terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar
dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan
dalam air panas terlalu lama.
6)Kurangkan berat badan
jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone
testosterone.
7)Belajar mengurus
tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi
kesan negative kepada kesihatan badan.
8)Dapatkan urutan badan
yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi
secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
9)Makan makanan
tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan
bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga
membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat
ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs
secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini
boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.
10)Lakukan hubungan
seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan
yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan
seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi
pengeluaran air mani juga kurang. – gilerkentang.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan