Selasa, 28 Oktober 2014

APAKAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU ADA DIABETES?





Jenis -jenis Kencing Manis

Kencing manis mempunyai 2 jenis

 Jenis 1    jenis 2
Kira-kira 90% daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalaah kurang serius berbanding  jenis 1, mungkin kerana pesakit  Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.

Jenis 1 – Badan tidak menghasilkan insulin
Jenis 2 – Sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

TANDA-TANDA KENCING MANIS

Antara tanda-tanda Kencing Manis
(Tidak semua orang akan mengalami semua gejala ini dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghadapi jenis 2 tidak menyedari  selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya  kurang ketara)

1. PARAS GULA DARAH TINGGI
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doctor. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walaubagaimanapun, tahap gula darah tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

2. DAHAGA YANG BERLEBIHAN DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Kerap ke bilik air diwaktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada malam hari boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang secukupnya sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberaapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3. HILANG BERAT BADAN SECARA TIBA-TIBA
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dengan cepat, sekitar 2 – 3kg dalam 2 atau 3 bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga , badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternative.

4.SENTIASA RASA LAPAR
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti biasa, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah kadang-kadang jatuh.
Apabila  tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

5. LUKA LAMABAT SEMBUH
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Is berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota  lain dibadan.

6. KELETIHAN DAN CEPAT MARAH
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuatkan anda letih kerana ia menggganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanajang masa akan membuatkan sesiapa pun cepat marah.

7. TERDEDAH KEPADA JANGKITAN KULAT
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat lain.

8.  PENGLIHATAN KABUR
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Walau bagaimanapun ia akan kembali normal apabila tahap gula dalam darah kembali pulih atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9. SENSASI PADA TANGAN DAN KAKI
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan  oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10. KULIT MERENGSA
Ini boleh menejadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit disekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi

Tiada ulasan:

iklan

glitter text