Khamis, 12 September 2013

Apakah Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis (Diabetes)


Nuffnang Ads

Ramai orang rasa mereka sihat, namun kadang-kadang mereka tidak sedar mereka mempunyai masalah dalaman. Kalau ada sesi pemeriksaan kesihatan ramai yang takut untuk memeriksa status kesihatan mereka. Yang paling takut ialah ketika hendak mendapatkan keputusannya kerana jika disahkan sakit terpaksa makan ubat untuk jangka masa yang lama

Jika anda seorang yang perihatin keatas kesihatan anda perhatikanlah beberapa tanda yang akan memberi petunjuk yang jelas keatas penyakit yang mungkin ada pada anda. Antara tanda-tandanya ialah:
1. Kerap kencing terutama waktu malam
2. Sering dahaga dan banyak minum air terutama air manis
3. Mudah lapar dan banyak makan
4. Mudah penat dan sering mengantuk
5. Selalu sakit kepala dan rasa loya
6. Pergerakan tubuh badan terganggu
7. Berat badan menurun pada kadar yang cepat
8. Kebas atau gatal-gatal di kaki dan tangan.
Tanda-tanda tersebut adalah disebabkan kandungan gula yang tinggi didalam darah. Jika anda mempunyai tanda-tanda tersebut diatas anda mungkin menhidapi penyakit kencing manis atau diabetes. Penyakit kencing manis (diabetes) pada peringkat awal adalah mudah untuk dikawal kerana bahagian-bahagian organ badan anda belum lagi rosak dan masih berfungsi secara berkesan.

Tiada ulasan:

iklan

glitter text